Wednesday, December 1, 2010

Perjalanan Generasi Tok Basiah ke Perhimpunan Generasi Tok Saleh dan Tok Sepiah


Kami dari Generasi Tok Basiah memulakan perjalanan pada hari Jumaat 19 Nov dengan menaiki bot dari Kuala Perlis ke Langkawi pada 10:30 pagi. Sebanyak 38 tiket telah dibeli. Ada di antara kami datang dari Kuala Lumpur, Alor Setar, Jitra dan Kangar. Kebetulan pada masa itu juga keluarga dari Generasi Tok Cak ada sama iaitu Ahmad Suhaimi dan keluarga dari Pulau Pinang.












Perjalanan dengan feri dari Kuala Perlis ke P Langkawi mengambil masa lebih kurang 45 min - 1 jam. Sesampainya di Jeti Kuah kami terus mengambil teksi dan pergi ke hotel.

Kami tiba di Langkawi Seaview Hotel, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi dan melihat pekerja hotel sedang menaikkan banner mengenai perhimpunan kami. Selepas check-in dan mengambil goody bag dari meja pendaftaran kami letak beg dibilik hotel dan mula mencari kat mana nak lunch. Selepas makan tengah hari, apa lagi mulalah aktiviti pertama iaitu shopping. Kebanyakkannya kami beli coklat aje.

Wednesday, June 2, 2010

Perjumpaan Keluarga 19 - 21 Nov 2010


InsyaAllah, perjumpaan keluarga akan diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 19 - 21 Nov 2010. Sila berhubung dengan Cikgu Ramlah Mohd Hussein di Seberang Perak, Alor Setar untuk mengesahkan kehadiran. Program Qurban juga akan diadakan pada hari tersebut. Maklumat lanjut akan dimuatkan dari masa ke semasa.

Ini adalah rumah di Seberang Perak


Tuesday, March 16, 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke laman sesawang keluarga Tok Hussain Itam. Tujuan laman ini adalah sebagai satu tapak penemuan ahli keluarga Tok Hussain Itam. Pautan ke laman sesawang, blog, facebook atau Twitter ahli keluarga akan dimasukkan dari masa ke semasa sila emel maklumat tersebut kepada saya.